Kepimpinan merupakan suatu proses untuk membantu pengikut bagi mencapai matlamat organisasi yang dikongsi bersama.Pemimpin akan menentukan visi, komitmen dan motivasi tertinggi supaya matlamat itu menjadi kenyataan. Kebanyakkan modul latihan lebih menumpukan terhadap peranan,kuasa dan pengaruh pemimpin, manakala sumbangan para pengikut diabaikan
Pemimpin dan pengikut mempunyai dua tugas yang utama iaitu mencapai matlamat dan menjaga perhubungan yang berkesan.Kekuatan pemimpinan dan pengikut bergantung kepada peranan utama mereka dari segi mengawal perhubungan dan pengukuhan struktur kerja.Keperluan lain seperti keperluan individu, keperluan tugasan, dan keperluan kelompok juga turut memberikan sumbangan terhadap kemajuan kepimpinan dan kepengikutan dalam sejarah peradaban manusia
Objektif
Selepas mengikuti program latihan ini, para peserta akan dapat:
1. Memahami konsep kepimpinan dan kepengikutan serta perkara yang berkaitan dengannya
2. Mempelajari beberapa teori dan model kepimpinan tertentu serta gaya kepimpinan dan kepengikutan
3. Membentuk tingkah laku bersama dengan pemimpin dan kepengikutan supaya menghasilkan organisasi cemerlang
4. Mempelajari kandungan susunan Kemahiran Memimpin berdasarkan kepada tiga teras utama kepimpinan
Kandungan Kursus
Konsep kepimpinan dan kepengikutan
Teori dan model-model kepimpinan yang wujud bersama gaya kepimpinan dan gaya kepengikutan
Asas-asas kemahiran kepimpinan dan asas-asas kemahiran kepengikutan dalam melaksanakan visi organisasi
Teknik-teknik penyerlahan bakat kepimpinan dan kepengikutan dalam memimpin organisasi
Ujian kualiti kepimpinan
Ujian mengenalpasti pemimpin atau pengikut